Amalan Menghidupkan Ramadan Al - Mubarak





Assalamualaikum,dah lama xupdate blog ny..memandangkan sekarang masih bulan ramadan jd sy ingin berkongsi serba sedikit yg syg info islam yg sy peroleh.Terdapat beberapa amalan yg boleh kite amalkan untuk menghidupkan ramadan.Antaranya :-


  • Membaca Al-Quran
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Jibrail alahi salam membacalan al-Quran untuk baginda pada setiap tahun (pada bulan ramadan) sebanyak sekali.Namun,pada tahun kewafatan baginda,beliau membacanya sebanyak 2 kali. [ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]

  • Qiamulail
Rasulullah bersabda yg bermaksud : "Sesiapa yg bangun (solat) pada bulan ramadan dengan penuh keimanan & pengharapan, maka diampunkan baginya dosa-dosa yg lepas." [ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]

  • Bersedekah
Ibnu Abbas Radiallahu anha berkata , "Rasulullah S.A.W ialah seorang yg pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan ramadan. Pemurahnya baginda dlm kebaikan lebih daripada angin yg kencang. "
[ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]

  • Menjaga Lidah
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud : " Sesiapa yg tidak meninggalkan percakapan dusta & dan terus mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat pada usahanya yg tidak makan & minum (puasa)." [ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]

  • Perbanyakkan Doa, Zikir dan Istighfar
Setiap saat di bulan ramadan adalah mulia. Juteru itu ambillah kesempatan ini dengan memperbnyakkan zikir dan doa khususnya pada waktu-waktu yg mustajab seperti :-

a) Ketika hampir waktu berbuka.
- Nabi menyebut 3 doa yg tidak tertolak antaranya ialah doa orang yg sedang berpuasa sehingga dia berbuka.

b) Pada sepertiga malam letika Allah menyeru "Adakah orang yg berdoa, maka Aku akan perkenankan.Adakah orang yg emohon keampunan , maka Aku akan ampunkannya"

  • Memberi Makan Kepada Orang Yg Puasa
Rasulullah S.A.W bersabda "Sesiapa yg menyediakan juadah untuk orang yg berpuasa, baginya seperti pahala orang yg bepuasa seperti mana orang yg berpuasa itu, & tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya."
[ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]

  • Umrah Di Bulan Ramadan
Sabda Rasulullah S.A.W " Satu umrah pada bulan ramadan ganjarannya menyamai satu haji " Dalam riwayat yg lain : " Menyamai satu haji bersama- samaKu. " [ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]

  • Beriktikaf
Khususnya pada 10 malam terakhir. Aisyah Radialllah anhu meriwayatkan " pada 20 malam terawal Nabi mencampurkan antara solat & tidur. Apabila 10 malam yg terakhir , Baginda bersungguh-sungguh &mengetatkan kainnya " [ HR ALBUKHARI & MUSLIM ]



P/s : DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA.


Kalau suke like k :)

HakMilik M.I.S TaKeN @sHaFiNaSHaDzRi