BELAJAR SAMBIL BEKERJA




Assalamualaikum...

I rasa kebanyakkan pelajar IPT mengambil pinjaman PTPTN terutama pelajar IPTS. I sendiri pown ambil pinjaman dari PTPTN.Walaupun pinjaman PTPTN dan biasiswa diberikan namun begitu dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi sememangnya tidak mencukupi.Sebab tu lah,ramai pelajar mula mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami terutama pelajar di sekitar Kuala Lumpur ini.

Kalau dilihat dari sudut positif, bekerja sambilan dapat melatih pelajar untuk berdikari.Keinginan bekerja tu datang dari diri masing-masing.Bagi setengah pelajar yang bukan berasal dari keluarga yang senang dan tidak mahu membebankan ibubapa mereka lebih memilih untuk bekerja sambilan pada hujung minggu.Selain itu,I rasa ia dapat menambahkan pendapatan kepada pelajar itu sendiri.Yela kan senang nk beli barang keperluan kita tanpa minta duit dari kelurga.

Belajar sambilan bagi golongan yang bergelar pelajar bukan lah sesuatu yang mudah dan merupakan satu cabaran besar baik  dari segi tenaga dan masa.Pelajar perlu menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah serta mengulangkaji nota - nota kuliah sebagai persediaan untuk menghadapi ujian akhir semester dan pada masa yang sama pelajar tersebut perlu bekerja untuk menampung kos sara hidup.

Belajar sambik bekerja memang meletihkan.Kehidupan yang jauh dari keluarga memerlukan mereka melakukan semuanya sendirian.Bermula dengan kelengkapan diri,makan dan minum semua secara berdikari.

Haaa..susahkan??tapi normal lah kan hidup berdiri macamtu.Dari asrama pown dah dibiasakan berdikari.Yang memang tak pernah jauh dari keluarga mungkin rasa susah tapi lama-lama jd biasa gak.Yang penting kena pndai bahagikan masa.Jangan bila dapat gaji dah seronok pegang duit dah tak minat belajar pulak.Tak boleh macam tu ok??





p/s : JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB SEBENAR DAH LA YE...KITA MASIH SEORANG PELAJAR.




Kalau suke like k :)

No comments:

Post a Comment

Thanks for comment :)

HakMilik M.I.S TaKeN @sHaFiNaSHaDzRi